Friday, June 11, 2010

fotogenik atau fotogedik??

arini,tah ape angin aku,tibe2 rase nk bukak blog cik ika (republik hatiku)
dan secare tibe2 jugak aku ternampak name aku di tag kt bawah ni. aku pon jd tak paham,apesal kah name aku di tag berserta dgn kate2:

2.tQa (ini bagus tuk ko sbgai beginner.hikhik~~)

beginner ape?? haa...yg itu yg aku tatau.. aku rase cam aku tade ending pape.. tp tatau la plak klu aku ade end up sesuatu yg aku sendiri tatau..
(Aku dah mule melalut.. stop..!!)


ni la makhluk yg memulakan contest ni. sebenanye aku tak rase aku kenal makhluk ni.tp bile cik ika mention yg die nk kawan cik ika dkt sek. tun aminah (STA) yg jugak skola aku, dr form 1 sampai form 3,otak aku pon mule berkerja keras utk mengingat,sapekah gerangan makhluk ini. tp agaknye aku ni mmg ade masalah pengecaman yg teruk.aku tatau sapekah die..
(sok aku sambung pikir...)

ni pix die yg mungkin pade pandangan mate die cukup fotogenik.




pendapat korg?? mungkin jugak...

contest ni,die yg mulekan,and klu korg rase nk join,due date tak sampai lagi. masih sempat la korg nk memerasankan diri..
sile2...jangan malu2..
same2 la kite jd perasan..
syarat2 contest tak susah.. boley rujuk kt bawah ni je..

1.terbuka kepada semua peringkat umur.

2.gambar anda seorang ! kalo ade org laen,saye REJECT, :p muahahaha !!

3.gambar anda mestilar sePHOTOGENIC yg mugkin.

4.hanya sekeping gambar sahaja d benarkn ok ?? kalo pakwe nak join,tunggu next contest yeah .. :)

5.mestilah menjadi follower YEYEN aka IZYAN IZZATY

6.sediakn entry khas untuk contest ni dan tag minimum 3org .

7.letakkan BANNER CONTEST yg ada d sidebar saya d BLOG anda ok ?? :)

8.tarikh tutp contest ini ialah 30 JUNE 2010

.................

then...

atas paksaan cik ika,aku telah secare tak sengaje terjoin contest ni..

.....sebenanye bukan aku nk sgt join contest ni,tp cik yg pakse..
die yg salah dalam hal ni.bukan aku.. =(

well,aku tatau la pix aku ni fotogenik/fotogedik.
klu mate korg berdarah sbb melihat aku memerasankan diri aku,aku tak pedulik jugak.
yg aku tau,aku dah tunaikan hasrat hati cik ika dengan senang hati(Senang ke??)



(Ekceli,ni pix candid.bukan aku posing2. and aku tade edit pape. tp aku rase nk pick pix ni. aku langsung tak pedulik kalu korg rase pix ni burok... hee)


fotogedik???
berani ko cakap gitu??
sekeh kang~

name2 malang yg aku terpakse tag utk mencukupkan syarat2 penyertaan aku adelah
1) cik asiah (sbb ko pon mmg suke perasan kan?? amek gamba sorg2,pastu senyum sendiri2..)
2)cik lela (ko mmg ayu,chantek dan jelite.jd sile la join contest ni)
3)cik intan syfiqah (ko lagi seko,suke memrasankan diri di depan kamera..aku nk ko join..! aku tak pedulik..!!)

AKU MMG SUKE PAKSE ORANG~
lalala~

mau tido..
~END~

Saturday, June 5, 2010

kegilaan melantak 12 spesis kek secret recipe~

memandangkan kini aku dah berkerjaya/berkarier(padahal temporary worker je tu..belagak sungguh)sebagai seorang waitress di secret recipe,aku telah menggunakan peluang yg ade sebaik mungkin. oleh kerana aku berkedudukan sebagai staff SECRET RECIPE (walaupon tak sampai sebulan pon) aku telah mendapat 20% off utk ape2 saje bende yg dijual di secret recipe itu..(tak termasuk lampu,cermin,kerusi dan meja..kerana itu tidak dijual)

kerana itu,aku rase aku patut mengambil peluang yg ade ini utk melantak semua jenis kek yg ade terjual kt situ. walaupon aku kije situ,tp aku tade la kemaruk sgt nk mkn kek2 yg ade.(aku bukan suke sgt ngn bende2 lembik ni..cam tade gigi la plak)
tp,oleh kerana dihasut oleh nafsu makan yg membuak2,dan termakan dgn kate2 dan pujukan cik asiah utk menggunakan peluang yg kunun2nye terbentang depan mate, aku,,cik didi,dan cik asiah berkongsi membeli 12 SPESIS kek yg dicombine menjadi sebuku kek. mesti korag tak ley bayang camane rupe bentuk kek tu kan?? meh tgk sini..

rupe kek yg telah korek disane sini.. cam kene makan anai2/parasit pon ade jugak..



12 SPESIS ye rakan2 sekalian.. melampau kan??

tp,antare byk2 tu,aku rase kek feveret aku la yg paling sedap. BLACK FOREST CHEESE.. nyummy~
aku shukeee sgt kek tuh~
(ehem~ t besday aku,korg adiahkan la aku kek ni... yek?? yek?? hee)
mst korg kompiaus kan..nape kek yg paling laris, CHOCOLATE INDULGANCE tade dalam senarai kek yg aku beli. adekah die die banned dpd senarai kek aku??
oh tidak.. sebagai CHOCOLATE MANIAC,aku takkan banned kek yg penuh dgn chocolate yg sgt2 nyummy itu. cume kali ni,nk rase kek2 yg jarang2 dimakan.


cube tgk pic kt atas ni betul2..marble cheese la kek paling kecik/sebenanye hampir habis.. kek itu telah dimakan oleh seekor anai2 bername cik didi. peminat setia marble cheese..die kate itu la rase pure cheese atau dgn kae laennye cheese sejati. tah la~
aku tak suke cheese.. jd aku tatau beza.

dr posisi laen,kek buatan kami ni,nampak agak nyummy..



sampai je kek tu kt umah,kami masukkan dlm fridge kejap..bagi die sejuk balik. tp,tak sampai 10 minit pon kek tu dalam fridge,masing2 da pegang fork dan muke bernafsu gile.. get ready nk makan kek..sampai lupe nk snap even 1 pic kek ni dalam keadaan sempurna.. jd,korg tgk je la rupe kek ni lepas diserang bertubi2 oleh kami bertiga..




lepas dah tak larat nk telan lagi kek2 yg dah buruk beno rupenye,kami terpakse mengalah dan stop kejap utk malam ni.. tp,jgn risau. kek tu masih boley digunakan utk bekpes pagi esok.. lagi2 bile die dalam keadaan sejuk..
nyummy~



yg bahagian tengah tu dah bercampur.. tatau la ape rase die..creammy + cheesy gile..


erk~
12 spesis kek itu bernilai RM88 + bape sen tah.. lupe plak aku.. tp pas deduct 20% off kerana kami adelah staff,total die berharga RM 66.55 saje.. murah kan?? kn?
mst korg jeles kn??

oleh kerana aku dah nk berenti kije,jd aku tak dapat la nk tolong korg..(tolong beli ngn harge staff.. 20% OFF tu..)

lean kali,tak larat rasenye nk wat perangai pelik cenggini..makan kek bercampur..

rase nk makan lagi la sebelom tido ni...
Hee~~

~END~

masih.hidup.baik.baik.seperti.biasa

Friday, June 4, 2010

ISRAEL mmg lahanat..

aku abru tebace berita pasal
serangan israel terhadap palestin baru2 ni..

petikan dr myMetro.
KUALA LUMPUR: “Saya hanya ingat mati dan berserah kepada Allah sebaik saja cahaya laser senjata seorang unit komando tentera laut Israel dihalakan tepat ke dahi saya,” kata Ashwad Ismail, 25, wartawan Astro Awani ketika dihubungi sejurus melepasi sempadan Israel-Jordan, semalam.
Beliau antara 12 rakyat negara ini terselamat dalam serangan komando rejim Zionis pada Ahad lalu terhadap kapal Turki, Marvi Marmara yang membawa misi bantuan kemanusiaan bersama kira-kira 700 anak kapal lain ke Semenanjung Gaza untuk penduduk Palestin.


Ashwad berkata dalam kejadian jam 4.15 pagi waktu Turki itu, dia dimaklumkan serangan tentera Israel membabitkan 19 bot komando, empat kapal perang, tiga helikopter dan tiga kapal selam.


“Ketika itu saya bersama jurukamera saya (Shamsul Kamal Latip, 38) dan beberapa sukarelawan lain berada dalam bilik rehat di tingkat tiga kapal. Kami terdengar tembakan bertubi-tubi dan letupan, menyebabkan masing-masing bertempiaran lari menyelamatkan diri.


“Ketika itu saya terpisah dengan Shamsul Kamal, tetapi saya masih mengambil gambar kejadian dengan kamera digital milik saya. Saya menuju bahagian belakang kapal dengan harapan bersembunyi, tetapi langkah saya terhenti apabila menyedari pancaran laser merah dihalakan tepat ke dahi saya oleh komando Israel.


“Anggota komando Israel itu merampas semua barang saya hingga tinggal sehelai sepinggang sebelum mengikat tangan saya dan semua tawanan lain dengan tali kabel. Saya diarahkan berkumpul bersama anak kapal lain yang ditahan. Kami diarahkan duduk dalam beberapa kumpulan di lokasi berasingan dalam kapal,” katanya.


Menurutnya, kebimbangan maklumat mengenai serangan kapal misi keamanan itu bocor kepada umum menyebabkan tentera Israel sanggup merampas apa saja peralatan komunikasi termasuk pen kerana ingin memastikan kekejaman yang berlaku itu tidak dihebahkan ke pengetahuan masyarakat antarabangsa Ashwad berkata, menurut rakan dalam misi itu, antara tembakan terawal Israel terhadap anak kapal Marvi Marmara ditujukan kepada jurukamera stesen televisyen dari Turki yang membuat siaran langsung kejadian terbabit.


“Komando Israel sengaja menembak di bahagian tangan jurukamera itu untuk memastikan kamera videonya terlepas. Selepas itu, komando Israel menggeledah dan merampas segala alat komunikasi termasuk telefon bimbit, komputer riba, buku catatan, kamera dan pen. Tetapi buku catatan saya tidak dirampas sebab ditulis dalam bahasa Melayu...mungkin komando itu tak faham,” katanya.


Katanya, jika dianalisis kembali, siaran berhubung kejadian itu yang disiarkan media pro Zionis diputar belit kononnya aktivis kemanusiaan terlebih dulu melakukan provokasi walaupun realiti sebaliknya.


Menurutnya, tragedi serangan itu membuka mata dunia mengenai halangan hak kemanusiaan terburuk dan kejam bukan saja kepada misi berkenaan, malah penduduk Palestin yang mengalaminya sejak 1948 ketika Israel ditubuhkan.


Ashwad berkata, selepas ditawan kapal terbabit kemudian menuju ke Pelabuhan Ashdod yang mengambil masa kira-kira 15 jam perjalanan dari lokasi serangan Israel di perairan antarabangsa itu.

Katanya, setiba di Pelabuhan Ashdod, proses untuk keluar dari kapal saja memakan masa hampir 12 jam apabila regim Zionis itu melakukan pemeriksaan seorang demi seorang tawanan dengan prosedur terlalu ketat.


“Pakaian kami dipaksa ditanggalkan semuanya ketika pemeriksaan dilakukan, manakala untuk pemeriksaan semua dokumen itu mengambil masa lebih satu jam.


“Ketika itu, Tuhan yang tahu betapa kasarnya tentera Israel memperlakukan kami tanpa perikemanusiaan. Kami kemudian dibawa ke Penjara Be’er Sheva, Israel dengan menggunakan bas dalam perjalanan selama dua jam...bas yang hanya sesuai untuk pengganas,” katanya.


Menurutnya, Be’er Sheva penjara baru dan kumpulan misi itu ‘banduan’ pertama ditahan di dalam sel berasingan penjara berkenaan. Katanya, dia dan kumpulan misi itu menjangka berada dalam tempoh masa lama dalam penjara terbabit sebelum didatangi wakil dari Pertubuhan Palang Merah dan Kedutaan Jordan yang membawa berita gembira iaitu mereka dibebaskan.

Semalam rombongan misi kemanusiaan daripada Malaysia dibebaskan rejim Zionis sebelum diiringi dengan ketat hingga sempadan King Hussein memisahkan Jordan dan Israel.


Ashwad berkata, rombongan itu kemudian ditempatkan di Hotel Crowne Plaza di Amman, Jordan sebelum disambut Duta Besar Malaysia ke Jordan Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.


“Sebaik melepasi sempadan, saya ucap kesyukuran kepada Allah lebih-lebih lagi selepas lebih 16 jam berada di Penjara Be’er Sheva, Israel,” katanya.


Menurutnya, layanan Israel terhadap sukarelawan misi membawa keamanan termasuk bantuan makanan itu bagaikan banduan apabila diperlakukan dengan kasar.




....semoga ALLAH membalas budi dan jasa kalian keran besabung nyawa untuk menghantar misi kemanusiaan ke GAZA..kalian adalah warga malaysia yg sgt berani. dan aku sentiase mendoakan supaya kalian selamat sampai ke malaysia tanpa sebarang accat cela.
....buat warga PALESTIN,jika kamu syahid,maka bergembiralah kerana tempatmu adalah syurga.aku mendoakan kalian akan hidup.baik.baik atau setidak2nya jika kalian syahid,kalian syahid bukan sebagai pengecut sepertimana ISRAEL yg sebenarnya takutkan bayang2 sendiri.
....aku mahu pinjam sedikit kekuatan kalian utk menghadapi hidup.

masih.cuba.hidup.baik.baik.selepas.beberapa.kali.terjatuh.
me.atiQa.othman

~END~

Thursday, June 3, 2010

terima kasih kerana sentiase ade utk aku..

this entry are dedicated truly to :
1. NURUL ATIQAH BT MOHD SABAWI
2. NOR 'ADILAH BT HASHIM
3. NORAZWANI HAIZA BT NOR AZLI
4. NUR ASIAH BT KUZAIMAN.

td,aku terbace 1 entry..entry yg dikhaskan buat aku..
terime kasih utk IKA sbb entry tu buat aku sgt2 terharu..

buat NURUL ATIQAH BT MOHAMAD SABAWI
ika,selame ni,ko la kawan paling setia yg penah aku ade. ko sentiase disisi aku tak kire waktu aku susah atau aku senang. waktu aku jatuh,waktu aku sedih,waktu aku hepi. aku tau,bile aku sakit ko akan rase pe yg aku rase. kite da kenal hampir 10 taon.dan aku rase ko da cukup masak dgn perangai aku.ko kenal luar dalam aku.
thanx ika sbb slalu jd sahabat aku..sahabat yg baik,dan sahabat yg selalu temankan aku tak kire waktu. aku bersyukur sgt2 pd ALLAH sbb ALLAH kurniakan aku sahabat mcm ko. sekurang2nye aku tau,selaen dr family aku,ko ade utk sentiase sokong aku.dan temankan aku sepanjang jalan.
aku tau aku tak keseorangan utk tempuhi hidup ini..
terima kasih ika..u r my real friend..




buat NOR 'ADILAH BT HASHIM
dyl,ko juge salah seorg yg hold a very special place in my heart. aku tau kite da go thru byk bende same2..ko,aku dan ika.. terime kasih utk kate2 semangat ko bile aku jatuh.terime kasih sbb tolong aku bangun bile aku terduduk. terima kasih kerana sentiase ade disisi aku bile aku perlukan sesorang.juge terima kasih utk semua kekuatan ini.
i do appreciate u dyl..aku tau ko sentiase ade utk aku.aku tau,yg ko juge tanak aku jatuh. ALHAMDULILLAH,walaupon aku jatuh,tp tak teruk mane.. sbb aku penah jatuh lebih teruk dari ini.dan ko,salah seorang yg sentiase hulurkan tangan dan tarik aku utk bangun..
terima kasih dyl..u r my bst buddy..



buat NORAZWANI HAIZA BT NOR AZLI
wanie,ko juge salah satu penguat semangat aku utk bangun. aku tau,yg ko akan sentiase ade mase aku susah dan senang. aku tau ko takkan tinggalkan aku walau pe pon yg jd pade aku.bile aku susah,ko la yg selalu hulur tangan utk bantu aku. jase ko,budi ko pd aku,aku akan tetap ingt sampai bile2..aku takkan lupe semua pe yg ko dah buat utk aku. pengorbanan ko pd aku terlalu besar utk aku balas. ko la salah seorg kawan terbaik yg aku ade.
terima kasih wanie..u r my greatest friend..



buat NUR ASIAH BT KUZAIMAN
asiah,even kite kenal tak lame.tp ko la makhluk paling rapat ngn aku di bumi pulau pinang ni. ko sentiase ade dgn aku.tak kire la waktu susah ke waktu senang. ko tak mara klu aku kejut ko tgh2 malam utk bende2 yg remeh. kite slalu kongsi sume bende same.klu aku susah,ko la org pertama yg akan tolong aku. dan klu aku senang,ko la org pertama yg akan kongsi ape yg aku rase.ko tau kekuatan dan kelemahan aku.ko jugak tau kekecewaan dan kegembiraan aku.
terima kasih asiah..u r my best partner..



::..aku tau dalam dunie ni aku tak sorg2..masih ramai lagi yg sayang aku. FAMILY aku, SAHABAT2 aku,takkan tinggalkan aku sendiri.sumber kekuatan aku bile aku jatuh.dan tangan2 yg akan sentiase sokong aku tak kire ape yg aku lalui. kamu semua mendapat tempat teratas dalam hati aku..
aku rela kehilangan cinta,tp aku tak rela kehilangan kamu semua dalam hidup aku..::

.....buat sume yg aku tak sebut,korg jgn la kecik ati pulak.klu nk sebut satu2 name kt sini,lenguh tangan aku nk menaip.TERIMA KASIH kerana menjadi kawan aku.bukan backstabber aku.

.....dan buat sume kwn2 aku yg cube utk jatuhkan aku..kehadiran korg dalam hidup aku sgt memberi makne walaupon korg backstab aku.walaupon korg fitnah aku.walaupon korg buat aku jatuh.sekurang2nye aku tau sape kawan sape lawan bile aku jatuh.

~END~

Wednesday, June 2, 2010

Pasrah Segalanya - De Hearty





Pasrah Segalanya
by de hearty

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty)

...penguat semangat aku utk terus bangun dan tinggalkan semua yg menjatuhkan aku.aku pernah jatuh terduduk dulu,dan aku tak mahu jatuh sekali lagi lepas aku bersusah paayh bangun,berjalan,dan berlari. aku takkan toleh kebelakang lagi. tinggalkan semua yg telah membuat aku jatuh.
...aku buat keputusan aku.keputusan yg takkan berubah.aku akan pergi dr sini.

Tuesday, June 1, 2010

entry khas buat SAHABAT yg kecewa kerana lelaki tak guna~

entry ini khas utk aku sendiri dan untuk kamu SAHABAT yg sgt2 aku syg..

aku harap kamu dapat hayati dan fahami maksud kenapa entry ini utk kamu.

- Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.

- Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.

- Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.

- Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

- Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.


semua yg ALLAH rancangkan adalah yg terbaik utk kite.
percaya pd diri. kamu adalah yg terbaik. kamu takkan mati hanya kerana seorang lelaki yg tak tahu hargai ape yg kamu ade. klu die nk pegi,lepaskan..
klu itu yg die nk,kamu cume perlu bagi ape yg die mintak.
pastikan die bahagia dgn jalan yg dipilihnya.ikhlaskan hati kamu.

'Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa! '
-razzi rahman-

…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”
-razzi rahman-

kau takkan rugi ape2..
Yakinlah yg ALLAH dah sediakan yg terbaik utk kamu. kamu cume perlu sabar dan berdoa supaya pengganti die lebih baik dan reti hargai kau mcm yg kamu mmg patut dapat..

ingat, U DESERVE BETTER than him. die tak layak utk kamu. jgn buang mase lagi.

kamu masih ade maruah utk dipertahankan.
letak maruah kamu di tempat tertinggi..dan pastikan kamu mencapai bintang yg kamu harapkan.
tp jgn letak diri kamu setaraf dgn tanah.yg kemudiannye kamu akan dipijak.

ALLAH sentiase ada utk kamu.
kamu tak perlu mencari kasih syg lain. aku,tetap sayang kamu.orang2 disekeliling kamu,tetap syg kamu.
sayangi ape yg kamu ade seikhlas hati kamu.dan percaya yg satu hari nanti,kamu akan disayangi seperti mane kamu menyayangi insan sekeliling kamu.


INSYALLAH~

melalak + melantak~

mlm ni tibe2 angin aku nk melalak + melantak cam dinasor datang menyerang. balek kije td,aku bertemankan cik asiah tros bantai g karaoke.. datang gian nk melalak puas2. (FYI,aku da lame tak karaoke.. sgt tak sempat. kije,kije,kije dan kije saje.) dulu, pantang free.. itu la aktiviti/rutin mingguan aku.tak kire la mase tu aku tade duet ke tade mase ke..dapat menyumbangkan 1 lagu pon aku da puas ati. hehe~

tp arini kepuasan hati aku jd triple sbb aku nyanyi 3 lagu. lepas la gak gian yg dah lame bertakung dalam kepale. exceli,cik asiah yg ajak g melalak.aku cume layankan je.tp bile da sampai sane,aku plak yg over nyanyi. oleh kerana kami ber2 saje,jadi sape peduli pon klu kami over.. aku tak kisah~

balek dr melalak,perot jd lapar..(walaupon aku sebenanye da melantak sebungkus OREO mase kije td) tekak aku plak tibe2 memanggil2 name CHAR KUETIAW.. jd,aku dgn hati yg tak reti2 nk bersabar, tros la menuju ke kedai CHAR KUETIAW feveret aku. kedai tu kedai tepi jalan je. tp CHAR KUETIAW die mmg superb gile.. mmg SEDAP sgt2.. servis pon cepat..pekerje die tade la terkedek2 cam sipot sedot hilang arah tuju.aku dok je,waiter tros sampai. da oder,tak sampai 5 minit,CHAR KUETIAW feveret aku pon ade kt depan mate. ape lagi,aku dgn penuh bernafsu tros menghadap + melantak tanpe memperdulikan org2 sekeliling.. Waa... mmg heaven gile dpt mkn bende yg aku suke di tgh2 malam bute.senyap teros mulut aku.tak terkeluar sepatah pon perkataan. (nk menggambarkan yg CHAR KUETIAW itu teramat la sedap. rase cam nk makan 2 pinggan.tp cam buruk lantak a plak.tape2..malam esok masih ade..




pas makan,baru la aku teringat jalan nk balek umah.
baru sedar diri yg esok shift aku full day.
jd skang,aku perlu tido utk mendapatkan rehat yg cukup sambel membuncitkan lagi perut kerana tido selepas melantak. terok betol perangai aku.
sape2 yg terase nk rijek aku,bek rijek skang..aku mmg terok. tidak dinafikan lagi.eheh~

selamat malam~

~END~
masih.hidup.baik.baik.selepas.beberapa.kali.terjatuh.