Monday, October 18, 2010

care-care untuk gagal dalam chenta~

korg perasan tak yg mesia ni sedang dalam keadaan panas? aku pon prasan jugak..bile tak wat pape pon ley peluh2 mengalahkan org yg dah toreh getah 7 8 pokok.apetah lagi klu pegi kelas dgn menggunakan kaki.da la fakulti tu kene menapak naek bukit.. sampai je kelas,muke da tercungap2 cam unta tak cukup aer..

tape la..nk wat camane kan. harap2 je la supaye musim kemarau ni cepat2 berakhir..

eh~ bukan ke aku nk cite pasal care2 untuk gagal dalam chenta.. terlari topik plak. sori2..
kite kembali pade topik asal...

berdasarkan pengalaman dan jugak pemerhatian terhadap orang sekeliling...aku mmbuat rumusan bahawa terdapat beberape cara untuk anda gagal dalam chenta.

mari kite lihat,adakah situasi atau sikap2 sebegini muncul dalam diri anda secara mengejut dan menyebabkan gf/bf anda mengalami masalah otak untuk memikirkan sebabnye...

cara 1 : berbaik-baik dan mesra sgt dgn ex secare tibe2..
....cube prhatikan..kebelakangan ni selalu tak anda texting ngn ex bf/gf anda? anda selalu tak teringat2 zaman kemesraan antara anda dgn ex anda yg kekononnye terbaek bagi anda. sampai walaupon anda da ade bf/gf baru sebagai pengganti die,die tetap ade dalam ati anda.. walaupon tak byk,sikit pon ade..bese la manusia kan..bile da ilang,baru sebok2 nk carik. baru la mase tu terhegeh-hegeh dok terkenang pe yg ex bf/gf tu penah buat utk anda,pastu compare2 kan la dgn bf/gf anda skang..selalu2 la buat gitu supaya bf/gf anda terasa hati dan seterusnya mengambil langkah drastik utk blah dr anda..
nescaya,anda pasti akan gagal dlm chenta anda kali ini..

cara 2 : mari mengungkit..
.....setiap manusia,lelaki atau pompuan mesti sgt2 menyampah dan sgt2 jelik kalau pasangan die suke mengungkit.contohnye... 'dulu mase tayar kete u pancit,sape yg pamkan??' atau 'dulu mase hamster u nk mati,sape bagi cpr?' atau 'u ingt tak dulu i penah bagi u adiah mahal2..u bile nk bagi?'.. annoying kn?? cube anda ingt2 balek... ade tak anda buat gitu kt bf/gf anda? klu ade..bagosla....
nampaknye potensi anda utk gagal dalam chenta kali ni, agak tinggi...

cara 3 : anda da pandai cari alasan utk tipu bf/gf anda..
....klu dulu. bile bf/gf anda tipon je cakap die lapa,tgh2 subuh pon anda sanggup bangun utk pegi belikan die makanan. walaupon waktu tu anda tgh tido,anda sanggup bangun dan pegi ke kedai mamak dgn taik mate berselepet semate2 tanak bf/gf anda lapa. tp sekarang,klu bf/gf anda mengadu lapa di waktu tghari pon,anda akan jawap 'pegi je la makan... mulut ngn perut kite kan asing2'.. pulak tu,kalau die ajak anda temankan die pegi lunch,anda akan jawap 'i bizi la syg.. baju i tak basuh lagi. kemeja utk esok lom iron. umah belom sapu. toilet belom sental. bla..bla..bla..' dan melambak2 lagi la alasan yg anda tak penah gune utk tolak ajakan bf/bg anda secare direct..
klu anda selalu buat gitu dgn mcm2 alasan lagi yg bf/gf anda tau yg anda bukan spesis rajen utk buat perkare2 spt mencuci baju yg selalunye anda hantar je pegi dobi,maka,anda perlu tau sebabnye klu tibe2 anda menjadi single...

cara 4 : sikap anda berubah menjadi seperti seekor singa lapar..
.....klu dr awl berchenta lagi perangai anda mmg panas baran mengalahkan beruang kutub yg lapar kebulur,mungkin bf/gf anda tade la terkejut sgt dgn perangai huduh anda tu.. tp klu awal2 berchenta dulu,perangai anda lembut dan sopan santun...pijak semut pon,semut masih boley bernafas. tibe2 sekarang anda berubah. asyk nk marah2 pasangan anda tak tentu hala walaupon die cume tanye anda dah makan ke belom...
dari situ anda patot sedar yg tak lame lagi,bf/gf anda akan chow dr anda..
maka,bersiap sedialah utk idop sendiri.

cara 5 : ikat la kaki bf/gf anda..
.......bile bf/gf anda kate 'syg...petang ni i nk klua pegi tesco ngn budak2 umah ye... bawang da abes..nk kene pegi beli..' lalu anda tak semena2 mengamuk dan menuduh bf/gf anda nk pegi cuci mate tgk mamat bangla yg kutip troli/awek indon yg jual jamu kt tesco nun..lepas tu anda tak bagi die pegi dan anda mara2 die sambel tuduh2 die dah tak syg anda dan ade hati lagi nk pegi mengorat org laen mase anda tade. atau pon,bile die texting dgn clasmet die semate2 nk tanye pasal assigment,anda akan teros merampas hempon die dan tuduh die skandal dgn classmet die.
klu gitu la perangai anda,kucing pon tak hingin jadi milik anda...apetah lagi manusia.. paham2 je la ye...

setiap manusia maukan sukses dalam idop.apetah lagi dalam chenta. sape yg nk bf/gf die lagi tinggalkan die. tp kadang2 kite sendiri yg perlu cermin diri dan muhasabah ape silap kite sampai bf/gf sendiri blah dari kite senang2 macam makan corn flakes + susu. mungkin ade diantare sikap2 yg tersenarai diatas ni ade sikit2 tempiasnye dgn sikap anda.
jd paham2 la yg di kaca mata seorang pompuan,sikap2 di atas amat tidak disenangi..
(oh..setelah ditanye pd kaum adam,diowg juge tak suke sikap2 spt yg tersenarai diatas..)
maka....cerminlah mane silap anda klu insan tersayang mule menjauh.. ;p

........................................ =)

idea utk wat entry ni datang ketike tibe2 kawan aku 'en.alif' mengutarakan persoalan yg aku semakin garang sekarang. aku pon tatau ape kene mengenenye dgn idea utk menulis entry ini. dan aku jugak tatau ape kaitan antara entry ni dgn diri aku sbb aku....single.

ngeh~

aku cume kongsi sikit pengalaman hidup sendiri dan pemerhatian dr kawan2 utk dijadikan pengajaran.

~END~









rahsia wanita~

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya!.


“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Friday, October 15, 2010

cara-cara utk membuat roomate anda jadi gile atau hilang terus dari pandangan mate anda..

berikut adelah diantara cara2 untuk membuat roomate anda jadi gile/hilang terus menerus dr pandangan mate anda.



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.


2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”


3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.


4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”


5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.


6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”


7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”


8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.


9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”


10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.


11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.


12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.


13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar

dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.


14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.


15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali

sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.


16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.


17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.


18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.


19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.


20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.


p/s : kepade sesape yg tak suke atau ade terase menyampah kepade roommate anda,anda dinasihatkan supaya mempraktikkan 2 atau 3 cara yang disenaraikan diatas. ulang selama 3 minggu tiap-tiap hari dan jadikan habit anda. nescaya roommate anda akan terus menghilangkan diri tanpa mengucapkan selamat tinggal...

er~ kalau roommate anda adelah suami/isteri anda,anda dinasihatkan supaya JANGAN sekali2 mempraktikkan SEMUA idea yg tersenarai di atas jika anda tidak mahu menjadi JANDA/DUDA dalam mase yg terdekat.


............sy takkan buat cenggitu kepade roommate sy kerana sy saaaayang roommate sy sbb roommate sy baeeekk sgt~

lalala~


roomate sy : cik faradila hanim bt ghayatuddin

~END~
hidup.baik.baik.mule.mengarut

yes... i love being single too...

note : as a response to the cik asiah's entry, with the title 'i love being single'

aku pon sgt gumbira dan berbesar hati bergelar gadis single. walaupon dikeliling aku bersepah2 makhluk yg mempunyai boipren.atau makhluk2 ensem merata2 kt fakulti mahupun kt tasik tempat aku slalu jogging tu, tp pendirian aku tetap teguh menyatakan bahawa aku sgt..sgt..sgt.. bahagia menjadi seorang makhluk yg single.

merujuk pade blog cik asiah, on how to enjoy being single,
yes.. it's really enjoy to be single if and only if we know how to cope with.

cube ingat2 balek...

kes 1 : adekah bf/gf korg tak bagi korg keluar or having fun dgn kawan2 korg yg same jantina ngn korg hanye utk minum2/tgk bola/bergossip/membeli barang2 rumah kt tesco. ataupon secare terus terang bf/gf anda kate 'i tak suke u hang out ngn kawan2 u...klu u nk klua jugak ngn diowg,u kene bawak i skali'.

kes 2 : adekah bf/gf korg selalu menjeling2 bile hp korg tibe2 berbunyi ataupon curi2 bace inbox korg ataupon secare terang-terangan buat spot check dgn mengorek segala khazanah yg ade dalam hempon/laptop/fesbuk korg dan bertanye itu ini mcm seorang inspektor polis yg dah tak ade kije laen nk dibuat.

kes 3 : adekah bf/gf korg sentiase nk mesej/telepon sampai korg tak cukup makan sbb duet korg abes nk beli topap semate2 nk puaskan ati bf/gf korg. ataupon bile korg lambat reply mesej,die akan terus telepon dan bertanye, 'apesal lambat reply?? mesej ngn sape??' sedangkan waktu tu korg tgh sebok menaip assignment yg nk dihatar esok.

kes 4 : adekah bf/gf korg akan telepon sume nombor kawan2 korg yg ade dalam phone book die bile korg off hempon sbb bateri abes ataupon korg tak angkat bile die telepon sbb mase tu korg tgh berak.

kes 5 : adekah bf/gf korg akan tanye,arini buat ape,makan ape,pegi mane,dgn sape,borak ape,klua kol bape,pakai baju ape,bile nk balek dan bla..bla..bla... dan membebel itu ini mengalahkan mak korg dgn alasan 'i risaukan u la sayang'...

kes 6 : adekah bf/gf korg suke2 ati mintak break bile korg buat die saket ati ataupon selalu2 buat2 merajuk dan cakap yg bukan2 mcm nk bunuh diri,bunuh kucing korg,bakar rumah korg dan macam2 lagi spesis ugutan yg tak penah terlintas kt kepale otak korang..

kes 7 : adekah bf/gf korg pernah buat skandal ataupon die ade balak/awek laen selaen korang,dan korg akan memaafkan die bile die melutut mintak maap.pastu 3 bulan kemudian kantoi lagi die ade skandal laen pulak..dan korg sekali lagi maapkan die dan berkate 'laen kali,jgn buat lagi ye sayang..'

kes 8 : adekah bf/gf korg yg hilang tak dapat dikesan dan tibe2 muncul balek bile die dapat tau korg baru dapat duet ptptn/jpa/mak korg baru bank in duet utk korg. pastu buat muke kesian sambel berkate... 'syg......' dgn gaye yg amat manje..

kes 9 : adekah bf/gf korg cakap yg die amat sayangkan korg.tp bile korg mintak tolong,die akan diam,dan senyap..lepas 24 jam kemudian,die akan telepon korg dan tunjuk concern.sedangkan waktu tu,masalah korg dah setel..

kes 10 : adekah bf/gf korg slalu asyik nk melekat ngn korg mase awal2 kapel dulu,tp skarang,bile korg telepon nk ajak die klua,die akan jawap 'ehh..sayang..i sibuk la..nanti u call balek k',pastu bile korg telepon lagi,die jawap 'oh..i sibuk lagi..nanti2 la..' dan kali ketige korg telepon die, voice mail yg jawap....


...........................(speechless)

well,klu ade diantare 10 kes yg aku senaraikan kt atas ni bertepatan dgn situasi korg sekarang...pikir2kan la semule..

dan ade diantare kes2 diatas yg aku penah alami sendiri. aku dah rase,dan aku tau macamane rasenye.

aku bukan nk menolak fitrah yg ALLAH dah tetapkan.cume rasenye,klu aku nk diikat,biarlah aku diikat dgn title isteri. bukan title awek atau ape2 aje lah status yg tak memerlukan mas kahwin utk declare : 'u adelah milik i'..

dan andai kate aku jatuh hati nanti, aku harap semoga ALLAH pilihkan aku seseorang yg mempunyai sikap yg tak pelik supaye senang aku nk kongsi hidup dgn die sampai bile2.

dan pade korg2 yg mempunyai balak/awek yg TAKDE langsung2 perangai yg disenaraikan diatas, korg sgt2 beruntung mendapat seseorang yg sgt memahami. so, appreciate what u had.

dan kepade korg2 yg mempunyai balak/awek yg berperangai spt diatas,aku tak suruh korang break ye...kang bf/gf korg tuduh aku hasut korg untuk mintak break pulak.

aku cume nk share ape yg jadi dan aku nampak disekeliling aku..


“The truth is, you can never control him/her or your relationship but you can control yourself to be better, and make the relationship happier and interesting!”



and this is the reason why i love being single... =)

~END~

hidup.baik.baik.sendiri.sendiri.

Tuesday, October 12, 2010

Kemalangan ngeri Melaka 10.10.10


aku lalu kt simpang ampat ni betol2 sejam sebelum eksiden ni berlaku. dan aku tau pasal eksiden ni hampir 12 jam selepas itu.
alhamdulillah ALLAH masih panjangkan umur aku untuk bernafas.
macamane perasaan aku,ALLAH saje yg tau.

bile aku tau pasal eksiden ni,darah aku berderau. kalau la kami terlambat sikit gerak dr muar semalam,mungkin kejadian ni akan terjadi depan mate aku.
dan mungkin aku akan trauma seumur hidup utk naek bas.

ya ALLAH..
Kau ampunkanlah dosa2 semua yg terlibat dalam nahas ini.
Kau tempatkanlah mereka dikalangan org2 yg beriman.
AL-FATIHAH utk semua mangsa yg terlibat...

~END~




Thursday, October 7, 2010

zoo saye bertambah besa.... =)

entry yg pendek lagi simple..
cume nk mention kt korg,zoo aku da semakin besa skang...mcm2 binatang ade..

tak tau ke aku ade zoo??
ish..ish,.. kesian betol..

ni la zoo aku.. dgn backgound kaler biru gamba mickey mouse + minnie mouse.. da cam katil kanak2 yg baru nk akil baligh la pulak. hee~

entry sebelom ni,cume ade 4 ekor je binatang.


tp sekarang dah ade lagi penambahan..

ops...senget plak.. tape la..korang pusingkan la monitor laptop korg tuh..

haaa,...nampak ape yg bertambah?? ade bobo disitu... seekor badak kaler oren.
terime kaseh kepade encik pemberi badak sbb bagi aku badak kaler oren..
mmg kiut sbb ade bunge kt badan badak...

sape bagi?

eh..rasie... tak ley bagitau..
t kang jd kontroversi..
aku tamo runtuhkan rumah tangge org.. ;)

hee~

mintak maap ye encik pemberi badak.aku tak ley mention name ko kt sini.

btw,terime kaseh utk badak oren yg kiut ni...

~END~

hidup.baik.baik.tatau.nk.pelok.binatang.mane.mase.tido.

Tuesday, October 5, 2010

selamat ari tue nUruL.atiQah~

hepi besday to me..
hepi besday to me..
hapi besday to me..
hepi besday to me..

arini genap umo aku 22..
horay..! horay...!!

dan.... terime kasih juta2 lemon pade sume2 makhluk yg wish..tak kire gune hempon atau gune pesbuk.
tak kesah la ape pon medium korg utk menyampaikan ucapan besday kat aku..
ianya sgt2 dihargai...

dan jugak...

tenkiu sbb siram aku ngn bedak yg nauzubillah wanginye sampai aku jd cam nenek kebayan..
tenkiu sbb tekup mulut aku ngn selimut bagi mengelakkan sore aku yg merdu ni sampai ke telinge pihak yg berkenaan..
tenkiu utk adiah yg korg bagi sampai aku tatau nk tido celah mane dan peluk ape sbb katil aku penoh ngn mcmc2 binatang..


oh ye...
besday kali ni,aku dapat nyet-nyet dr cik tasya..dan gaphil dr cik ana + cik adyll.




encik moncet dan cik star da ade kawan...
penoh katil aku...
by the way,
terima kasih sangat2...
korg sangat dihargai...

~END~

masih.hidup.baik.baik.selepas.beberapa.kali.terjatuh.