Apa hal bro ni? Orang nak tahu pasal bagaimana nak berjaya dalam cinta, dia bagi tip untuk gagal pulak? Hehehe...cuba anda renung sekejap, bukankah apabila anda mengetahui bagaimana anda boleh gagal dalam bercinta, maka anda boleh mengelakkannya?...jadi, jika anda dapat elakkan kegagalan itu, pasti anda akan berjaya.
"Moralnya, anda kenalah tahu bagaimana untuk gagal, demi untuk berjaya,kan?"
Cara 1 ~ Untuk gagal dalam bercinta
Tetap baik dengan ex! Sememangnya, cukup ramai pasangan-pasangan yang bercinta, masih baik dengan ex masing-masing. Apalah untungnya? Apalah baiknya?
Saya amat faham dengan hati dan perasaan mereka yang pernah bercinta, putus dan masih baik ini. Semuanya adalah kerana perasaan teruaj bila bersama membuatkan mereka masih rapat. Biasalah, manusia ni, bila dah kehilangan baru sedar betapa ruginya. Namun, perasaan cinta terhadap ex memang tidak dapat dilupakan...ianya akan terus bersemadi di sabubari
Bagi mereka yang tahan dengan kehidupan sosial begini mungkin tidak merasa ianya satu ancaman. TETAPI, tidak mahu tidak, apabila seseorang yang pernah bersama, mesti mengetahui segala perihal bekas kekasihnya itu. Sudah tentulah ianya akan membuatkan kekasih anda yang ada sekarang kurang istimewa kerana bekas kekasih anda juga seolah-olah berkongsi hidup anda dengannya.
Jadi cara untuk anda gagal dalam bercinta, teruslah berkawan rapat dan baik dengan bekas kekasih anda supaya kekasih anda sekarang akan cepat marah dan putuskan hubungan dengan anda.
Cara 2 ~ Untuk gagal dalam bercinta
Masih mencari?...biasalah tu, manusia memang tidak pernah puas. Sudah memiliki kekasih yang hebat, tetapi mahukan yang lebih hebat! Apa lagi...siang malam masih terus mencari. Pergi kemana pun mata asyik melilau-lilau mencari sesiapa yang boleh dijadikan kekasih.
Perbuatan ini, lama-kelamaan membuatkan anda akan menjadi seorang yang sudah tidak memiliki citarasa yang baik. Semuanya kerana, tiada seorang pun yang hebat untuk anda sehinggakan mata anda mulai confuse lantas memilih yang langsung tidak lawa tetapi begitu unik untuk anda.
Jadi, cara untuk anda gagal dalam bercinta ialah dengan terus mencari-cari kekasih baru walaupun anda sudah memiliki seseorang yang sangat istimewa.
Cara 3 ~ Untuk gagal dalam bercinta
Terus-terusan berkawan dengan teman-teman yang masih belum mahukan komitmen, jauh sekali mahu berkahwin. Bersahabat dengan mereka yang bercerai, janda atau duda.
Mereka ini semua sudah pastinya tidak akan memberi motivasi kepada anda untuk berjaya di dalam perhubungan cinta. Apa yang mereka buat? "Hei, relek arrr...enjoy lagi bagus arr..."
Jadi, cara seterusnya untuk anda gagal dalam bercinta ialah tetap berkawan dan mengumpul teman-teman yang saban hari berdisko, berhibur, enjoy sana-sini. Dengan persahabatan anda yang erat bersama mereka ini, 90% perhubungan cinta anda akan gagal... 10% lagi akan terus gagal! hehehe...
No comments:
Post a Comment