Tuesday, June 1, 2010

entry khas buat SAHABAT yg kecewa kerana lelaki tak guna~

entry ini khas utk aku sendiri dan untuk kamu SAHABAT yg sgt2 aku syg..

aku harap kamu dapat hayati dan fahami maksud kenapa entry ini utk kamu.

- Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.

- Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.

- Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.

- Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

- Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

* Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.


semua yg ALLAH rancangkan adalah yg terbaik utk kite.
percaya pd diri. kamu adalah yg terbaik. kamu takkan mati hanya kerana seorang lelaki yg tak tahu hargai ape yg kamu ade. klu die nk pegi,lepaskan..
klu itu yg die nk,kamu cume perlu bagi ape yg die mintak.
pastikan die bahagia dgn jalan yg dipilihnya.ikhlaskan hati kamu.

'Rupa-rupanya, walau kita kehilangan orang yang kita cintai, tetapi jika kita dapat membahagiakannya tanpa mengharap sebarang balasan, rasa kepuasan dan rasa bahagia adalah jauh lebih bermakna dan menusuk jauh ke dalam jiwa! '
-razzi rahman-

…kita tidak akan tahu, apa rancangan Tuhan terhadap kita. Aku harap segala kejadian bukan sebab aku, bukan sebab doa aku yang memaafkan segala penyeksaan dia terhadap aku, dan aku amat berharap dia dapat meneruskan hidupnya dengan tenang kerana aku telah lama, “Maafkan dia…”
-razzi rahman-

kau takkan rugi ape2..
Yakinlah yg ALLAH dah sediakan yg terbaik utk kamu. kamu cume perlu sabar dan berdoa supaya pengganti die lebih baik dan reti hargai kau mcm yg kamu mmg patut dapat..

ingat, U DESERVE BETTER than him. die tak layak utk kamu. jgn buang mase lagi.

kamu masih ade maruah utk dipertahankan.
letak maruah kamu di tempat tertinggi..dan pastikan kamu mencapai bintang yg kamu harapkan.
tp jgn letak diri kamu setaraf dgn tanah.yg kemudiannye kamu akan dipijak.

ALLAH sentiase ada utk kamu.
kamu tak perlu mencari kasih syg lain. aku,tetap sayang kamu.orang2 disekeliling kamu,tetap syg kamu.
sayangi ape yg kamu ade seikhlas hati kamu.dan percaya yg satu hari nanti,kamu akan disayangi seperti mane kamu menyayangi insan sekeliling kamu.


INSYALLAH~

No comments:

masih.hidup.baik.baik.selepas.beberapa.kali.terjatuh.