Segala-gala adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita renungkan sejenak…
- Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.
- Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.
- Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.
- Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.
- Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?
Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.
Kita selalu bercakap pasal agama islam, kita selalu berkata tentang hikmah dari
Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tetapi, sejauh manakah kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan? Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, maka kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu KERANA…
“Tuhan lebih menyayangi mu! …So jika begitu, bukankah we should be happy?”
No comments:
Post a Comment