Friday, February 5, 2010

kecewa??

satu entry yg aku copy paste dr blog http://www.razzirahman.com/blog/
menarik bagi aku.. rasenye aku perlu share ni pade sume yg aku syg.. yg ade di sekeliling aku..

p/s: bro razzi..i mmg minat giler nk bace sume entry2 u. i harap i boley kuat cam u.. u mmg superb..sume yg u kate,buat i bukak mate pd idop ni..i tanak jadi bodoh.. thanx..!!




“Penantian dan tiada pengesahan itu amat menyeksakan batin!”



Beberapa soalan yang memenuhi email bro Razzi sepanjang minggu ini, ingin I jawab di sini khas untuk semua wanita yang I sanjungi :-

Mengapa saya ditinggalkan tanpa sebarang berita?
Mengapa tiada respon? sms/call/email/ym/chat semua tak jawab!
Mengapa tak ambil tahu hal saya lagi? tidak mengambil berat? walau saya telah meminta maaf, dan lakukan apa saja?
Mengapa biarkan saya kesunyian, kesepian, mengapa menghilangkan diri?
Mengapa sudah tidak semesra dulu?
Mengapa biarkan saya sendiri merindu cinta yang semakin sepi?
Mengapa buat saya menangis sepanjang masa??
Sebenarnya, kesemua soalan ini hanya ada 1 jawapan sahaja. Apakah jawapannya?? I yakin jauh dilubuk hati you all, pun tahu mengapa, kan?

Memahami lelaki adalah cukup senang…kerana, lelaki akan bersungguh-sungguh menunjukkan dia cinta jika dia benar-benar cinta. Jika tidak cinta…berbagai-bagai alasan diberikan untuk menolak sebarang cadangan!

Jika cinta, sayang…dia akan mengambil berat, dia akan sentiasa call berkali-kali, sms, email, chat selalu dan dia akan mahu sentiasa bersama anda. Dia mahu jumpa setiap masa dan dia akan bercakap tentang perhubungan anda berdua pada setiap masa. Jika berjauhan pula, mahu mendengar suara anda setiap hari.

Jika LELAKI sudah tidak lakukan itu semua?…Jawapan kepada soalan anda ialah…

“…maknanya, dia sudah tidak berminat sangat dengan anda. Sudah TIDAK CINTA …ATAU kemungkinan besar dia sudah mempunyai kekasih yang lain.”

Anda tidak perlu memberi apa-apa alasan lagi. Dan jangan pula menjawab untuk kaum lelaki pula. Cakap dia tak gitu, dia tak gini. NO!!

INGAT…ITULAH LELAKI …that’s it. Tiada jawapan lain, tiada alasan lain lagi. Very simple. Dia nak…dia akan tergila-gila. Dia dah tak nak…dia buat dek, dia hilang, no calls, nothing!

Pendapat Bro Razzi, meratapi si dia yang hilang entah kemana, mengenang segala kenangan manis bersamanya, menanti sehinga bertahun-tahun namun dia tak masuk-masuk meminang…HANYA MEMBUANG MASA!

“Dia dah bahagia dengan hidupnya…percayalah! Lelaki tidak akan menunggu lama seseorang wanita itu jika dia sudah tidak cinta. Kecuali, dia tiada pilihan yang lain.”

In my further opinion :-

Cari yang lain dan jangan berhubung dengan dia lagi. Kerana ianya hanya akan menghancurkan masa depan anda. Ingat, makin lama umur anda semakin meningkat. Mulakan hidup baru…dan lepaskan kenangan lalu.

Memang susah jika anda masih solo. Ianya lebih mudah jika anda mulai membuka hati dan meluaskan pandangan anda. Yang penting, anda mahu. Kena ingat, tidak semesti orang yang berkahwin itu jodoh dia. Mungkin mereka akan terpisah, bercerai dan kahwin baru. Jadi, anda kenalah mencuba, barulah anda tahu itu jodoh anda atau tidak. Kemudian, usahakannya.

Jadi, anda harus memberi peluang kepada diri anda sendiri untuk mengenali orang baru, membina satu perhubungan baru. Please…janganlah duk meratapi cinta yang dah berkulat dan masih di takuk lama.

ANDA MESTI MOVE ON! best thing, make a new friend, thats a start! :-

Apabila dia tidak jawab call/sms/email…boom, you cari kawan baru!
Apabila dia hilang tah kemana je…you cari teman baru!
Apabila tak mengambil berat lagi…cari yang care lebih kat kita!
Apabila asyik jawab nanti, nanti, nanti…boom, tinggal dia!
Apabila break aje…MOVE ON!
Apabila dikecewakan…cepat-cepat mula hidup baru, dunia baru, kawan baru, cari boyfriend baru
BUT, jangan cepat-cepat nak bercinta balik, sebaliknya, Ingatlah… anda berhak untuk enjoy this moment, berkenalan dengan lelaki dan have fun while you single!…and find your Mr Right!

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

No comments:

masih.hidup.baik.baik.selepas.beberapa.kali.terjatuh.